Matematik....ade sape2 alegi? tidak sekali - kali pada yg minat matematik kan?? Kepuasan matematik adalah tatkala kita berupaya menyelesaikan dengan QED (question easily done!).. the word from my sifoo...:)
Mtematik yang menjadi asas pada mana-mana bidang kerjaya dalam dunia transformasi teknologi masa ini...dianggap remeh oleh sesetengah orang hanya kerana bosan, susah,terlalu banyak formula untuk diingati, tiada perkaitan dgn bidang dan yang paling best..alegi dgn nombor!...
Dari kajian yang telah dibuat oleh para pengkaj2 di luar sana..perkara asas masalah dalam bidang matematik ini adalah perasaan takut ,gelisah para pelajar yang berpunca dari struktur kurikulum matematik itu sendiri yang hanya berorientasikan peperiksaan, belajar dengan matlamat utk lulus peperiksaan dan para pensyarah mengajar dengan mind set perlu menghabiskan silibus dlm tempoh yang diberikan . Ini sedikit sebanyak memberi kesan pada pembelajaran matematik itu sendiri. Ini mmg tidak dinafikan ..saya juga kadang-kadang tergolong dalam kumpulan tersebut...mengejar masa, takut tidak habis mengajar tanpa memikirkan pelajar perolehi sepenuhnya ilmu yang dicurahkan...:(
Seperkara lagi masalah bidang matematik ini adalah perkaitan apa yang dibelajar dengan bidang mereka atau setidak-tidaknya perkaitan dengan dunia nyata .. Pernah terdengar rungutan pelajar .."masa kerja nti guna ke ape yang kta belajar ni?? " ..Satu cabaran pula pada tenaga pengajarnya...nk cari perkaitan apa yang nak diajar dengan bidang diluar sana..hehe.. disinilah baru teruji pensyarah inovatif dan kreatif dlm pengajaran...
Banyak lagi faktor-faktor yang boleh diketengahkan dan dikupas secara ilmiah untuk masalah ini...
Persoalan-persoalan ini lah yang bakal aku kupas dalam "The journey of myresearch".. masih dalam peringkat kajian, tinjauan,kritikan, dan juga persoalan...
Moga kajian ini mendapat hidayahNya dan kekuatan untuk aku mengemudi hingga aku berjaya suatu hari nanti..insyaallah...
No comments:
Post a Comment